Friday, 21 December 2012

PLAGIARISME


PLAGIARISME





Apa itu PLAGIARISME…

PLAGIARISME atau dalam bahasa melayunya PLAGIAT adalah satu perkataan yang jarang kita dengar…untuk pengetahuan semua plagiat adalah satu kesalahan jenayah yang serius dalam bidang akedemik…oleh itu orang yang mengamalkan plagiat boleh kita gelarkan mereka sebagai penjenayah.
Menurut Kamus Dewan plagiarisme bermaksud "perbuatan meniru atau mengutip sebahagian atau keseluruhan karya orang lain tetapi mengakui karya tersebut sebagai usahanya sendiri". Gejala menciplak oleh pelajar, profesor dan penyelidik dianggap sebagai penyelewengan akademik dan pesalah boleh dikenakan hukuman berat termasuklah digantung atau dibuang dari universiti. 


Antara sumber yang sering diciplak oleh penjenayah akademik ialah
  • Ayat atau idea dari kajian lepas seperti jurnal, majalah, artikel, buku-buku, surat khabar, laman web, komputer program dan sebagainya
  • Sebarang figures yang diterbitkan, jadual, diagram, lustrasi, carta, peta, gambar-gambar atau benda visual dan sebagainya
  • Maklumat daripada interview
13331074781338573548

Cara plagiat sering dilakukan
  • meniru keseluruhan ayat ataupun perenggan terus dari sumber seolah-olah itu adalah kerja pelajar itu sendiri
  • pelajar tidak mengakui sumber tetapi menggunakan kata-kata tertentu tanpa inverted commas atau memasukkan identiti penulis.
  • copy n paste

p/s: sumber dari GSO UPM

No comments:

Post a Comment