Bagaimana memulakan ?
Berikut adalah panduan
Contoh penulisan sorotan literatur
Mengumpulkan artikel yang berkaitan dengan tajuk dan skop kajian anda. Katakan anda berjaya mendapatkan tiga artikel yang sesuai. Berikut adalah tiga artikel yang anda dapati memenuhi matlamat anda. Berikut saya ringkaskan sahaja:
(i) The main objective of this study is to design a learning courseware based onlearning style for form 6 science students using ADDIE model. Result of previous research shows that learning style strategy is important to enhance learners’ attention. Therefore designing a learning courseware should fulfil diversity of learning style. (Norliza, 2008)
(ii) The using of 3D virtual learning is relatively new learning science. However, 3D virtual environment will provide opportunity to visualize abstract and dynamic science concepts (Widyawati, 2010)
(iii) Dapatan dari kajian ini membuktikan bahawa pembelajaran berasasakan laman sesawang telah menyediakan satu persekitaran pembelajaran yanginteraktif dan menyeronokkan. Pengalaman yang menyerokokkan ini telah Berjaya meningkatkan motivasi subjek (Rahayu, 2009)
Langkah 2: Analisis bahan
Membaca dengan tujuan menganalisis. Katakan anda ingin mencari ciri-ciri yang sesuai bagi membina perisian multimedia anda, maka anda perlu menganalisis artikel yang anda kumpul untuk mendapat maklumat yang anda perlukan. Berikut andalah ringkasan analisis anda:
(i) Petikan 1
- Membina mengunakan model ADDIE
- Ambil kira stail belajar pelajar
- Meningkatkan tumpuan pelajar
(ii) Petikan 2
- Memasukkan elemen 3D
- Visualkan konsep dinamik dan abstrak
(iii) Petikan 3
- Interaktif
- Meningkatkan motivasi
Langkah 3: Mensistesis ayat anda sendiri
Mensintesis bahan yang anda telah analisis dalam bentuk ayat anda sendiri dengan memasukkan semua 7 isi yang disenaraikan di atas seperti contoh berikut:
Pembinaan bahan pengajaran multimedia telah menjadi satu keperluan dalam pendidikan sains. Walau bagaimanapun, keberkesanan bahan multimedia tersebut dalam meningkatkan kefahaman dan motivasi pelajar dalam mempelajari sains terus menjadi persoalan. Oleh yang demikian, bagi memastikan keberkesanan bahan pengajaran multimedia, pembinaannya hendaklah diasaskan kepada model pembinaan teknologi pengajaran seperti Model ADDIE.
Langkah pertama mengikut Model ADDIE adalah analisis keperluan pelajar. Satu aspek penting dalam menganalisis keperluan pelajar adalah faktor stail belajar. Ini kerana guru dapat mengoptimumkan keberkesanan pengajaran jika bahan pengajaran multimedia yang dipersembahkan menepati stail belajar (2) pelajar yang berbagai (Norliza, 2008).
Peringkat kedua model ADDIE adalah peringkat pembangunan yang perlu mengambilkira unsur terkini seperti persekitaran 3D (4). Persekitaran 3D dapat membantu pelajar menvisualkan konsep-konsep yang dinamik, abstrak (5) dan sukar difahami (Widyawati, 2010) dalam pengajaran sains. Pengajaran sains yang banyak melibatkan konsep-konsep abstrak seperti konsep atom dan molekul sangat memerlukan bahan pengajaran multimediayang boleh dimanipulasi secara visual (5) dalam persekitaran 3D.
Seterusnya pada peringkat ketiga Model ADDIE, rekabentuk bahan pengajaran multimedia perlulah menarik bagi mendapatkan tumpuan (3) pelajar semasa pengajaran sains. Faktor tumpuan ini mempunyai perkaitan dengan peningkatan motivasi (7) sepanjang berlansungnya aktiviti pengajaran sains (Norliza, 2008; Rahayu, 2009). Bukan itu sahaja, ciri-ciriinteraktif (6) perlu dibangunkan bagi meningkatkan tumpuan pelajar disamping memberikan pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan (Rahayu, 2009).
Perhatikan:
- Anda tidak perlu copy and paste mana-mana ayat dari petikan, tulis jer ikut pemahaman anda. Yang penting..... tulis dan sertakan sumber rujukan anda.
- Perhatikan ayat yang KONSISTEN seperti bahan pengajaran multimedia walaupun tidak digunakan langsung dalam mana-mana sumber rujukan yang anda petik, istilah tersebut adalah istilah anda, istilah untuk kajian anda. JANGAN TAKUT menggunakan ayat anda sendiri secara konsisten selagi anda nyatakan sumber rujukan kepada isi / idea yang anda petik. Teruskan menulis dan menulis dengan isi yang anda analisis dari petikan.
Ingatkan pembaca dengan plagiarism dan apakah plagiarism..... Cuba lihat nota kuliah saya mengenai plagiarism.
ReplyDeletehok aloh, kawe punye lagi hebat bohhh. berat nana. bekeng molek. mu nak keno godel...
Deleteterima kasih
ReplyDeletesama-sama deh... payung sikit
Delete