Friday 12 October 2012

SUMBER SOROTAN LITERATUR


SUMBER-SUMBER SOROTAN LITERATUR

Dalam perbincangan kali ini, kami ingin membincangkan tentang sumber-sumber untuk mendapatkan sorotan literatur. Persoalan yang sering bermain-main di minda penyelidik ialah
  • Bagaimana dan di mana kita harus bermula ?
  • Apakah strategi yang paling sesuai digunakan untuk mencari literatur yang relevan ?
  • Apakah perkhidmatan-perkhidmatan yang telah sedia ada di perpustakaan untuk kemudahan pencarian ?
Terdapat banyak strategi yang telah digunakan oleh para pengkaji, tetapi strategi setiap penyelidik adalah berbeza mengikut penyelidikan dan teori masing-masing. Tiada satu pun yang terbaik untuk semua orang. Ini disebabkan oleh proses pencarian maklumat banyak bergantung kepada pengetahuan dan kemahiran sedia ada pada seseorang. Sesetengah orang lebih cenderung memulakan pencarian mereka dengan menggunakan komputer (on-line database). Terdapat juga penyelidik yang menggunakan carian secara manual iaitu melalui pembacaan.

Sumber sorotan literatur boleh dibahagi kepada: 

  • Sumber sekunder ( secondary sources ) seperti buku dan ensaiklopedia
  • Sumber primer ( primary sources ) 


SUMBER SEKUNDER 


Sumber sekunder boleh didefinisikan sebagai data yang dinilai dari ringkasan yang dibuat dari kajian yang lepas. Antara contohnya ialah ensaiklopidia dan buku teks.
  • Secondary sources – sources of data in research in which an author has evaluated and summarized previous research. Eg: text books, encyclopedias

 Antara sumber sekunder yang terkenal ialah :

  • Ensaiklopedia – Ensaiklopedia menyediakan satu gambaran keseluruhan bagi sesuatu maklumat yang berkaitan dengan tajuk kajian dan ringkasan pengetahuan tentang sesuatu bidang. Contoh ensaiklopedia ialah; Encyclopedian Of Educational Research, Handbook Of Research On Teaching, Encyclopedia Of Physical Education, dll
  • Research Review – Research review adalah sumber maklumat yang terbaik kerana;

  1. Pengumpulan literatur terkini dalam research review telah disediakan oleh mereka yang pakar dan berpengetahuan tinggi.
  2. Selain daripada koleksi literatur, pengarang juga telah membuat penerangan yang kritikal dan mensistesiskannya dalam ringkasan yang bersepadu.
  3. Pengarang (reviewer) selalunya mencadangkan bidang-bidang yang memerlukan kajian lanjutan.
Antara contoh research review ialah: 
  1. Review Of Educational Research
  2. Annual Review Of Psychology,


SUMBER PRIMER


  • Primary sources – Firsthand source of data in research; the original study. Eg: Journals, Dissertation or theses abstract
Antara sumber primer adalah : 

  • Abstrak – Abstrak ialah ringkasan yang padat (concise summary) bagi sesuatu hasil kajian. Ianya merupakan sumber maklumat yang amat bernilai, khususnya kepada para pengkaji.
  • Indeks – Beberapa indeks menyediakan rujukan kepada majalah dan artikel jurnal yang berkaitan dengan sesuatu topik khusus. Kebanyakan bahan abstrak dan indeks mengandungi makalah jurnal dan kertas kerja persidangan. Terdapat juga judul-judul yang meliputi buku-buku, penerbitan rasmi, dan filem.
  • Antara contoh indek yang digunakan secara meluas dalam penyelidikan pendidikan ialah seperti; 
  1. ERIC
  2. Education Index
  3. Social Science Index
  • Bibliografi – Bibliografi menyenaraikan buku-buku dan artikel berkenaan sesuatu topik. Terdapat dalam berbagai bentuk, bergantung kepada bagaimana maklumat itu disenaraikan. Semuanya mengandungi nama penulis, tajuk buku / artikel, nama jurnal, dan maklumat penerbitan. Sebahagian daripada bibliografi adalah beranotasi (annotated), iaitu mempunyai penerangan ringkas tentang nature dan skop sesuatu artikel atau buku.
Antara contoh koleksi bibliografi ialah; “Annotated Bibliography on Movement Education”, “Completed Research in Health”, “Physical Education”, dll

  • Sistem maklumat perpustakaan – Penggunaan kad katalog yang mengandungi maklumat penulis dan subjek sudah dianggap ketinggalan zaman. Hampir semua perpustakaan universiti pada hari ini telah menggunakan sistem pengkalan data berkomputer dan berada dalam talian (on-line) serta boleh diakses di mana-mana. Kita boleh memilih sama ada ingin membuat pencarian dengan berdasarkan nama pengarang, judul buku, atau nombor panggilan. Status dan kedudukan buku-buku yang dikehendaki akan dapat diketahui dengan mudah dan cepat. Antara sistem yang digunakan oleh kebanyakan perpustakaan universiti ialah “On-line Public Access Catalog ( OPAC - TelNet ) / “Virtual Integrated Library System” ( VTLS ).
  • Pencarian berkomputer – Kemudahan perkhidmatan komputer telah memberi sumbangan besar kepada bidang penyelidikan, khususnya dalam mencari kajian literatur. Ianya menjadikan pencarian lebih sistematik, efektif, dan efisen. Terdapat beberapa pengkalan data (database) yang boleh diakses melalui komputer peribadi sama ada di pejabat atau di rumah. Pencarian boleh dibuat sama ada secara on-line atau dengan menggunakan CD-ROM. Pengkalan data yang besar (seperti ProQuest dan EBSCOHost) perlu dilanggan (subcribe), manakala beberapa terbitan lain boleh diakses secara percuma.





4 comments: