Friday, 12 October 2012

APAKAH SOROTAN LITERATUR



Penting sangat ke Sorotan literatur ni? 



Memang penting sebab melalui kajian literatur kita dapat mengenalpasti kajian terdahulu yang lebih kurang sama dengan kajian seseorang penyelidik. Malah based on previous research, kita dapat menentukan gap yang boleh kita sumbangkan untuk kajian kita. Oleh itu tidak lengkaplah sesuatu penyelidikan  tanpa memasukkan sorotan literatur dalam kajiannya. Berikut adalah beberapa definisi tentang Sorotan Literatur.


"THE REVIEW OF THE INVOLVES THE SYSTEMATIC IDENTIFICATION, LOCATION
AND ANALYSIS OF DOCUMENTS CONTAINING INFORMATION RELATED TO THE
RESEARCH PROBLEM"
(GAYMILLS & AIRASIAN, 2006)

"... a literature review uses as its database reports of primary or original scholarship, and does not report new primary scholarship itself. The primary reports used in the literature may be verbal, but in the vast majority of cases reports are written documents. The types of scholarship may be empirical, theoretical, critical/analytic, or methodological in nature. Second a literature review seeks to describe, summarise, evaluate, clarify and/or integrate the content of primary reports."
   
Cooper, H. M. (1988), "The structure of knowledge synthesis",Knowledge in Society, Vol. 1, pp. 104-126 


Kurang jelas??? 


Secara umumnya Sorotan Literatur ini adalah....

·        Segala bahan bertulis yang ilmiah, sama ada bersifat teoretikal atau empirikal. 
·        Sorotan ke atas bahan bacaan yang telah dibaca seperti jurnal, artikel, kertas seminar dan lain-lain.
·         Bahan-bahan bertulis yang mengandungi hasil penyelidikan terdahulu tentang apa yang hendak dikaji.
·        Sorotan literatur juga adalah berdasarkan kepada andaian daripada pengetahuan yang terkumpul, dari pengetahuan itulah manusia belajar dan membina sesuatu yang dikutip daripada orang lain.
 
Video ini boleh membantu menjelaskan maksud  Sorotan Literatur atau Literature Review













MENYUSUN DAN MENULIS SOROTAN LITERATUR

Bagaimana memulakan ?

Berikut adalah panduan 


Contoh penulisan sorotan literatur 

Langkah 1: Kumpul bahan

Mengumpulkan artikel yang berkaitan dengan tajuk dan skop kajian anda. Katakan anda berjaya mendapatkan tiga artikel yang sesuai. Berikut adalah tiga artikel yang anda dapati memenuhi matlamat anda. Berikut saya ringkaskan sahaja:
(i)        The main objective of this study is to design a learning courseware based onlearning style for form 6 science students using ADDIE model.  Result of previous research shows that learning style strategy is important to enhance learners’ attention.  Therefore designing a learning courseware  should  fulfil diversity of learning style.  (Norliza, 2008)
(ii)       The using of 3D virtual learning is relatively new learning science. However, 3D virtual environment will provide opportunity to visualize abstract and dynamic science concepts (Widyawati, 2010)
(iii)       Dapatan dari kajian ini membuktikan bahawa pembelajaran berasasakan laman sesawang telah menyediakan satu persekitaran pembelajaran yanginteraktif dan menyeronokkan. Pengalaman yang menyerokokkan ini telah Berjaya meningkatkan motivasi subjek (Rahayu, 2009)

Langkah 2: Analisis bahan
Membaca dengan tujuan menganalisis. Katakan anda ingin mencari ciri-ciri yang sesuai bagi membina perisian multimedia anda, maka anda perlu menganalisis artikel yang anda kumpul untuk mendapat maklumat yang anda perlukan. Berikut andalah ringkasan analisis anda:
(i) Petikan 1
  • Membina mengunakan model ADDIE
  • Ambil kira stail belajar pelajar
  • Meningkatkan tumpuan pelajar
(ii) Petikan 2
  • Memasukkan elemen 3D
  • Visualkan konsep dinamik dan abstrak
(iii) Petikan 3
  • Interaktif
  • Meningkatkan motivasi

Langkah 3: Mensistesis ayat anda sendiri
Mensintesis bahan yang anda telah analisis dalam bentuk ayat anda sendiri dengan memasukkan semua 7 isi yang disenaraikan di atas seperti contoh berikut:
Pembinaan bahan pengajaran multimedia telah menjadi satu keperluan dalam pendidikan sains. Walau bagaimanapun, keberkesanan bahan multimedia tersebut dalam meningkatkan kefahaman dan motivasi pelajar dalam mempelajari sains terus menjadi persoalan. Oleh yang demikian, bagi memastikan keberkesanan bahan pengajaran multimedia, pembinaannya hendaklah diasaskan kepada model pembinaan teknologi pengajaran seperti Model ADDIE.    
Langkah pertama mengikut Model ADDIE adalah analisis keperluan pelajar. Satu aspek penting dalam menganalisis keperluan pelajar adalah faktor stail belajar. Ini kerana guru dapat mengoptimumkan keberkesanan pengajaran jika bahan pengajaran multimedia yang dipersembahkan menepati stail belajar (2) pelajar yang berbagai (Norliza, 2008).  
Peringkat kedua model ADDIE adalah peringkat pembangunan yang perlu mengambilkira unsur terkini seperti persekitaran 3D (4). Persekitaran 3D dapat membantu pelajar menvisualkan konsep-konsep yang dinamik, abstrak  (5) dan sukar difahami (Widyawati, 2010) dalam pengajaran sains. Pengajaran sains yang banyak melibatkan konsep-konsep abstrak seperti konsep atom dan molekul sangat memerlukan bahan pengajaran multimediayang boleh dimanipulasi secara visual (5) dalam persekitaran 3D.

Seterusnya pada peringkat ketiga Model ADDIE, rekabentuk bahan pengajaran multimedia perlulah menarik bagi mendapatkan tumpuan (3) pelajar semasa pengajaran sains. Faktor tumpuan ini mempunyai perkaitan dengan peningkatan motivasi (7) sepanjang berlansungnya aktiviti pengajaran sains (Norliza, 2008; Rahayu, 2009). Bukan itu sahaja, ciri-ciriinteraktif (6) perlu dibangunkan bagi meningkatkan tumpuan pelajar disamping memberikan pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan (Rahayu, 2009).

Perhatikan:
  1. Anda tidak perlu copy and paste mana-mana ayat dari petikan, tulis jer ikut pemahaman anda. Yang penting..... tulis dan sertakan sumber rujukan anda.
  2. Perhatikan ayat yang KONSISTEN seperti bahan pengajaran multimedia walaupun tidak digunakan langsung dalam mana-mana sumber rujukan yang anda petik, istilah tersebut adalah istilah anda, istilah untuk kajian anda. JANGAN TAKUT menggunakan ayat anda sendiri secara konsisten selagi anda nyatakan sumber rujukan kepada isi / idea yang anda petik. Teruskan menulis dan menulis dengan isi yang anda analisis dari petikan.

SUMBER SOROTAN LITERATUR


SUMBER-SUMBER SOROTAN LITERATUR

Dalam perbincangan kali ini, kami ingin membincangkan tentang sumber-sumber untuk mendapatkan sorotan literatur. Persoalan yang sering bermain-main di minda penyelidik ialah
  • Bagaimana dan di mana kita harus bermula ?
  • Apakah strategi yang paling sesuai digunakan untuk mencari literatur yang relevan ?
  • Apakah perkhidmatan-perkhidmatan yang telah sedia ada di perpustakaan untuk kemudahan pencarian ?
Terdapat banyak strategi yang telah digunakan oleh para pengkaji, tetapi strategi setiap penyelidik adalah berbeza mengikut penyelidikan dan teori masing-masing. Tiada satu pun yang terbaik untuk semua orang. Ini disebabkan oleh proses pencarian maklumat banyak bergantung kepada pengetahuan dan kemahiran sedia ada pada seseorang. Sesetengah orang lebih cenderung memulakan pencarian mereka dengan menggunakan komputer (on-line database). Terdapat juga penyelidik yang menggunakan carian secara manual iaitu melalui pembacaan.

Sumber sorotan literatur boleh dibahagi kepada: 

  • Sumber sekunder ( secondary sources ) seperti buku dan ensaiklopedia
  • Sumber primer ( primary sources ) 


SUMBER SEKUNDER 


Sumber sekunder boleh didefinisikan sebagai data yang dinilai dari ringkasan yang dibuat dari kajian yang lepas. Antara contohnya ialah ensaiklopidia dan buku teks.
  • Secondary sources – sources of data in research in which an author has evaluated and summarized previous research. Eg: text books, encyclopedias

 Antara sumber sekunder yang terkenal ialah :

  • Ensaiklopedia – Ensaiklopedia menyediakan satu gambaran keseluruhan bagi sesuatu maklumat yang berkaitan dengan tajuk kajian dan ringkasan pengetahuan tentang sesuatu bidang. Contoh ensaiklopedia ialah; Encyclopedian Of Educational Research, Handbook Of Research On Teaching, Encyclopedia Of Physical Education, dll
  • Research Review – Research review adalah sumber maklumat yang terbaik kerana;

  1. Pengumpulan literatur terkini dalam research review telah disediakan oleh mereka yang pakar dan berpengetahuan tinggi.
  2. Selain daripada koleksi literatur, pengarang juga telah membuat penerangan yang kritikal dan mensistesiskannya dalam ringkasan yang bersepadu.
  3. Pengarang (reviewer) selalunya mencadangkan bidang-bidang yang memerlukan kajian lanjutan.
Antara contoh research review ialah: 
  1. Review Of Educational Research
  2. Annual Review Of Psychology,


SUMBER PRIMER


  • Primary sources – Firsthand source of data in research; the original study. Eg: Journals, Dissertation or theses abstract
Antara sumber primer adalah : 

  • Abstrak – Abstrak ialah ringkasan yang padat (concise summary) bagi sesuatu hasil kajian. Ianya merupakan sumber maklumat yang amat bernilai, khususnya kepada para pengkaji.
  • Indeks – Beberapa indeks menyediakan rujukan kepada majalah dan artikel jurnal yang berkaitan dengan sesuatu topik khusus. Kebanyakan bahan abstrak dan indeks mengandungi makalah jurnal dan kertas kerja persidangan. Terdapat juga judul-judul yang meliputi buku-buku, penerbitan rasmi, dan filem.
  • Antara contoh indek yang digunakan secara meluas dalam penyelidikan pendidikan ialah seperti; 
  1. ERIC
  2. Education Index
  3. Social Science Index
  • Bibliografi – Bibliografi menyenaraikan buku-buku dan artikel berkenaan sesuatu topik. Terdapat dalam berbagai bentuk, bergantung kepada bagaimana maklumat itu disenaraikan. Semuanya mengandungi nama penulis, tajuk buku / artikel, nama jurnal, dan maklumat penerbitan. Sebahagian daripada bibliografi adalah beranotasi (annotated), iaitu mempunyai penerangan ringkas tentang nature dan skop sesuatu artikel atau buku.
Antara contoh koleksi bibliografi ialah; “Annotated Bibliography on Movement Education”, “Completed Research in Health”, “Physical Education”, dll

  • Sistem maklumat perpustakaan – Penggunaan kad katalog yang mengandungi maklumat penulis dan subjek sudah dianggap ketinggalan zaman. Hampir semua perpustakaan universiti pada hari ini telah menggunakan sistem pengkalan data berkomputer dan berada dalam talian (on-line) serta boleh diakses di mana-mana. Kita boleh memilih sama ada ingin membuat pencarian dengan berdasarkan nama pengarang, judul buku, atau nombor panggilan. Status dan kedudukan buku-buku yang dikehendaki akan dapat diketahui dengan mudah dan cepat. Antara sistem yang digunakan oleh kebanyakan perpustakaan universiti ialah “On-line Public Access Catalog ( OPAC - TelNet ) / “Virtual Integrated Library System” ( VTLS ).
  • Pencarian berkomputer – Kemudahan perkhidmatan komputer telah memberi sumbangan besar kepada bidang penyelidikan, khususnya dalam mencari kajian literatur. Ianya menjadikan pencarian lebih sistematik, efektif, dan efisen. Terdapat beberapa pengkalan data (database) yang boleh diakses melalui komputer peribadi sama ada di pejabat atau di rumah. Pencarian boleh dibuat sama ada secara on-line atau dengan menggunakan CD-ROM. Pengkalan data yang besar (seperti ProQuest dan EBSCOHost) perlu dilanggan (subcribe), manakala beberapa terbitan lain boleh diakses secara percuma.





SEKAPUR SIRIH, SEULAS PINANG

SEKAPUR SIREH,SEULAS PINANG



Assalamualaikumwarahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera... Alhamdulilah, terlebih dahulu kami memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi kerana dapat menyediakan satu blog sebagai melengkapkan kerja khusus bagi subjek Penyelidikan Pendidikan.

Sesungguhnya blog ini adalah sebagai satu perkongsian pintar yang dapat dijadikan sumber rujukan utama bagi semua penyelidik yang ingin memahami lebih lanjut berkenaan dengan sorotan kajian. Semoga kewujudan blog ini dapat memberi kebaikan kepada semua.

Kepada semua pelawat blog ini, marilah kita bersama-sama berkongsi idea-idea bernas dan pendapat bagi perkongsian semua. Kami sudahi dengan dua rangkap pantun.



Ambil tebu di tepi rumah,
Cabut ubi bersama akar
Sedikit ilmu jika berhikmah
Garam selaut menjadi tawar

Padi segemal kepuk dihulu
Sirih dihilir merakap junjungan
Kepalang duduk menuntut ilmu
Pasir sebutir jadikan intan 

LANGKAH MEMBUAT SOROTAN KAJIAN


Macamana nak memulakan sorotan kajian?


mudah saja...cuba ikut langkah-langkah berikut:-


 


Persoalan di atas dapat membantu dalam memulakan sorotan literatur





Terdapat lima (5) kaedah yang boleh digunakan untuk membuat kaedah sorotan literatur (literature review)

a)    Membanding dan membeza

b)    Menganalisis

c)    Menilai

d)    Kesimpulan

e)    Mensintesis



a) Membanding dan membeza
·   Mencari perbezaan dan persamaan dari segi ciri, sifat, kualiti dan unsur sesuatu objek atau peristiwa

·   Digunakan apabila:
o    terdapat dua atau lebih ciri atau kemungkinan
o    membuat keputusan atau pilihan

·    Langkah penggunaan:
i.   perhatikan dan berikan tumpuan pada satu atau beberapa ciri kajian tindakan.
ii.  kenalpasti ciri kajian tindakan tersebut
iii. nyatakan ciri persamaan dan perbezaan

b) Menganalisis
·    Menceraikan maklumat ke bahagian-bahagian lebih kecil dan menghuraikan maksud yang tersirat
·    Digunakan untuk memahami dan mengenal hubungkait antara bahagian dan mengenali prinsip-prinsip yang terlibat

c) Menilai
·    Mempertimbangkan kebaikan dan kelemahan sesuatu perkara berdasarkan bukti yang sah

·   Digunakan apabila:
o    ingin memilih sesuatu
o    menerima atau menolak sesuatu idea

d) Kesimpulan
·    Menyatakan hasil sesuatu kajian berdasarkan pada satu hipotesis dan mengukuhkan
berdasarkan penyiasatan


·    Digunakan untuk membuat keputusan, menerangkan sesuatu, meramal dan menyokong kenyataan

e) Mensintesis
·    Menggabungkan idea-idea, unsur atau item yang berasingan seterusnya menghasilkan gambaran yang menyeluruh dalam bentuk penyataan esei, lukisan atau artifak


Jangan lupa!!!!

  • Catatkan dengan lengkap nama pengarangtajuk karangan (atau tajuk bukunama penerbitanmisalnyaKajian ekonomi Malaysia, AnalisisPertanika, Journal of Economics Literature dan lain-lain(atau nama penerbitbagi buku), tempat dan tarikh penerbitanMaklumat yang lengkap ini akan menjadi sebahagian daripada bibliografi atau senari rujukan laporan penyelidikan kelak.
  • Catatkan juga halaman bagi sesuatu petikan daripada penerbitan yang diteliti ituAdalah menjadi amalan biasa bagi suatu penuli ilmiah menyelitkan sesuatu sumber fakta atau kenyataan yang didapati daripada karya tulisan terdahulu dengan lengkap termasuk halaman sesuatu petikan yang telah diambil.


TUJUAN SOROTAN LITERATUR



Kenapa perlu susah payah buat sorotan literatur??


Sorotan literatur bertujuan untuk menjelaskan tentang kajian yang akan dijalankan berdasarkan maklumat dan pengetahuan yang tepat tentang hubung kait isu yang hendak dikaji. Dalam penyelidikan, tujuan sorotan literatur dapat diringkaskan seperti berikut:

  • Menunjukkan kita kenal bidang pengetahuan dan menyakinkan pembaca.
  • Menunjukkan perkembangan sesuatu bidang dan kaitan dengan kajian.
  • Merumuskan pengetahuan dalam sesuatu bidang dan menggabungkan keputusan yang berlainan.
  • Usaha menambah kepada korpus ilmu dgn melihat daripada perspektif lain atau merujuk kepada idea baru.


Untuk penerangan yang lebih lanjut boleh klik pada link sorotan literatur





KEPENTINGAN DAN PERANAN SOROTAN LITERATUR

KEPENTINGAN DAN PERANAN SOROTAN LITERATUR

Law student studying

Dalam post yang lepas kami ada menyatakan tujuan sorotan literatur dibuat. Kali ini kami ingin membincangkan kepentingan dan peranan sorotan literatur untuk seseorang penyelidik. Ringkasan kepentingan sorotan literatur dapat dinyatakan seperti di bawah

  • Sorotan dapat memudahkan seorang untuk mencari topik yang releven dan menarik untuk dikaji.
  • dengan mempelajari, memilih dan melaporkan literatur yang digunakan. Ini akan menjadikan kajian seseorang itu mempunyai nilai akademik.
  • literatur juga dapat menyedarkan pembaca akan potensi kesukaran kajian yang hendak dilakukan.






Sorotan literatur berperanan untuk 

 
  • Menunjukkan apa yang dilakukan dalam suatu bidang itu.
  • Mengenal pasti kelemahan yang boleh diperbaiki.
  • Menyediakan fakta-fakta permulaan bagi kajian baru.
  • Memberikan cadangan untuk merangka tindakan.
  • Memberikan justifikasi kesesuaian topik. 
  • Memberikan keyakinan kepada pengkaji bahawa topik itu berbaloi untuk diselidiki dan berpotensi untuk menemui sesuatu yang berguna.